Friday, November 6, 2009

UNTUK ISTERI TERCINTA

KASIH KU KEPADA MU SENTIASA MEWANGI DALAM SANUBARI CINTAKU PADAMU, SENTIASA MEKAR DALAM HATI SETIAP DETIK YANG BERLALU, MENAMBAHKAN KERINDUAN AKU PADA MU... DIKAULAH RATU HATI, DUNIAWI DAN UKHRAWI...


Isteri merupakan insan yang paling penting dalam hidup seorang suami. Itulah isteriku, amat penting dalam hidup aku. Kehadirannya banyak mengubah hidup aku, daripada seorang yang selfish, kepada seorang yang begitu mementingkan famili. Kehadiran dalam diri ini, melengkapkan diri aku sebagai seorang lelaki. Terima kasih sayang.. kerana sudi bertakhta dalam hati abang...




Pengorbananmu sememangnya besar, tidak ternilai dan belum mampu untuk aku membayarnya walaupun hingga aku dijemput Illahi, tetapi percayalah, sayang adalah insan yang terbaik dan terunggul dalam diri ini. Kasihku padamu, tidak akan berubah.. Kalau mimpi abaang dikejar ular ke, dipinang perempuan lain ke, abaikan. Insya-Allah jiwa dan hati ini adalah milikmu Selamanya...

Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi teman hidup abang selama ini. Percayalah satu ungkapan abang pada ayang...

ABANG CINTAKAN AYANG... SELAMANYA DI DUNIA DAN DI SYURGA KELAK...


No comments:

Post a Comment