Friday, November 6, 2009

MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK KAK NAB

PERLAKSANAAN IBDAT HAJI, MUDAH-MUDAHAN KAK NAB MEMPEROLEH HAJI MABRUR...


Hari ini jam 12.15 tgh, pihak sekolah menganjurkan majlis kecilan untuk Kak Nab, bakal tetamu Allah S.W.T kelak. Majlis ringkas diadakan bagi memberkan doa iringan agar beliau selamat pergi dan pulang semula dari Baitillahilharam.




Doa saya dan isteri agar Kak Nab mampu melaksanakan ibadat haji dengan baik, diberikan kesihatan yang berpanjangan semasa melaksanakan ibadat mulia ini. Harapan agar Allah juga memudahkan segala urusan Kak Nab sepanjang berada di Tanah Haram Makkatul Mukarramah.




Jangan lupa doakan saya dan isteri, bahagia hingga ke syurga, dikurniakan Allah S.W.T kekayaan sama ada di dunia dan di akhirat. Semoga satu hari nanti sebelum umur saya 40 tahun, saya mampu untuk ke sana menunaikan kewajipan kelima setiap Muslim



Ini antara muka guru-guru yang hadir dalam majlis ringkas dan sememangnya guru yang sering memberikan komitmen dalam setiap program sekolah.

Harapan saya dan isteri, semoga Kak Nab sentiasa dilindungi dan diredai Allah di sana, amin....

No comments:

Post a Comment