Wednesday, November 4, 2009

TASAWWUR ISLAM. APAKAH MENJANA KEJAYAAN YANG CEMERLANG?

Aku mula mengajar bermula 17 Jun 2002. Pada masa itu diarahkan ke SMK Bandar Tenggara untuk melaporkan diri. Di sana aku diminta mengajar tingkatan 4 iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Tasawwur Islam, aku baru first time dengar mata pelajaran ini pada waktu itu. Untuk tidak merisaukan pihak pentadbiran, aku bersedia menerimanya.

Satu subjek yang sukar untuk difahami kerana ia adalah begitu asing bagi aku ketika itu. Tapi selepas 4 bulan mengajar, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri untuk mengejar dan mengajar murid-murid tingkatan 4 Khaldun. Pada masa ini juga, aku diarahkan oleh En Azman Adnan PK 1 pada masa itu, (sekarang dah Pengetua SMK Bandar Putra, Tahniah tuan!!), meminta aku mengisi borang permohonan pemeriksa SPM. Aku pun pelik, “eh baru mengajar 5 bulan dah boleh isi ke?” En Azman kata isi je, kalau ada rezeki, dapat. Cuba sahaja. Lantas dengan penuh keconfusesan” aku melengkapkan borang tersebut. Apa jadi?? Aku dapat surat tawaran untuk menanda Tasawwur Islam SPM. Jadi bermulalah kerjaya tambahan aku untuk menjadi pemeriksa SPM bagi mata pelajaran Tasawwur Islam.


Kebanggaan aku untuk murid-murid 5 Khaldun pada masa itu tahun 2003, seperti Ismadi, Nadwah dan rakan-rakan yang lain ialah mereka berusaha dengan gigih. Apatah lagi dengan sifat aku yang agak brutal pada masa itu, mereka melaksanakan setiap kerja yang aku arahkan. Apabila peperiksaan SPM dijalankan aku begitu terkejut. Terkejut kerana subjek itu memperoleh 100%. Kebanggaan aku begitu mendalam, kerana muridnya ialah di kalangan 4 kelas terakhir, yang kurang berpotensi, tapi akhirnya penat lelah, muka tak puas hati mereka dapat juga mereka lulus kesemuanya… Result keluar pada Mac 2004, dan pada waktu itu aku sudah dipindahkan ke SMK Seri Pinang. Sedihnya ialah, hanya 2 orang sahaja mengucapkan tahniah pada aku, Ustaz Rahim dan Ketua Bidang Sains Sosial pada waktu itu. Tahniah anak murid aku dari SMK Bandar Tenggara SPM sesi 2003.

Bermula dari 2003 hingga kini aku mengajar di SMK Seri Pinang. Mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Pada 2004 aku mengajar Pendidikan Islam PMR, SPM dan Tasawwur Islam SPM. Pecah kepala beb. Tapi aku minat mengajar Tasawwur Islam. Ia dekat di hati aku.

Apa kesusahan dan kesukaran Tasawwur Islam? Susah bagi yang susah nak baca, dan senang bagi yang menyenangkan diri mereka untuk membaca. Tasawwur Islam banyak istilah-istilah yang perlu dikuasai dan difahami oleh murid-murid. Masalah wujud jika guru-guru tidak mengeluarkan kata-kata kunci bagi memudahkan murid membezakan antara satu istilah dengan istilah yang lain. Perkara lain ialah cirri-ciri, prinsip, langkah-langkah yang lebih kepada fakta. Dan yang paling susah ialah bagaimana nak menerapkan konsep Islam dalam muamalat, ekonomi, perundangan, pernikahan dan aspek-aspek yang lain. Antara lain, hikmat penetapan hokum mukallaf, itu juga mengelirukan.

Apa yang aku buat, aku ingin mendedahkan satu teknik yang ringkas, mudah dan efektif. Supaya murid-murid aku mudah memahaminya. Tasawwur ini, jika dipelajari, dan dihayati dengan molek, ia akan memberikan penjelasan sebenar konsep Islam dalam kehidupan. Harapan aku tahun ini, mampu memberikan impak maksima kepada keputusan SPM.

Masalah aku tahun ini? Ada, ada 3 orang yang aku sasarkan mempunyai sedikit masalah. Dua lelaki dan satu perempuan. Tindakan aku, aku cuba memberikan bantuan semana yang aku mampu dan sebanyak mana yang mereka inginkan. Masalahnya, mereka ini kerap ponteng sekolah, kurang menghormati guru, dan ada juga ada yang ada masalah hubungan mereka dengan Allah S.W.T dan dengan ahli keluarga mereka.

Harapan aku agar mereka dapat merealisasikan aku untuk pertama kali memperoleh 100% Tasawwur Islam di SMK Seri Pinang.

No comments:

Post a Comment