Thursday, November 5, 2009

HARAPAN AKU UNTUK MURID TASAWWUR ISLAM


Sesi Tasawwur Islam 1…


Hari ini merupakan hari yang agak memberangsangkan. Aku mengajar semua kelas peperiksaan sepatutnya. Tetapi oleh kerana PMR sudah usai, maka aku hanya mengajar calon SPM 2009. Subjek apa lagi, iaitu subjek kegemaran aku, Tasawwur Islam. Aku mengajar murid 5 Bestari dan 5 Cemerlang. Unik bagi 5 Cemerlang ialah, hanya 9 calon sahaja.



Kebanggaan aku ialah…
Semakin lama semakin hampir dengan peperiksaan SPM. Apa yang mengujakan, mereka semakin mahir menggunakan kaedah dan teknik yang mudah untuk menjawab soalan kertas 2. Semakin lama, ramai yang bertanya, yang inginkan teknik yang mudah tetapi dapat markah. ITULAH YANG AKU IDAMKAN DAN NANTIKAN SELAMA INI. Pertanyaan murid-murid aku supaya aku sentiasa berfikir untuk memudahkan mereka menjawab dan me”nackle” soalan.

Aku bangga dengan ramai murid yang begitu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Contohnya Iffah Nadiah, Baizura, Siti Aminah, Hazwan Hani. Murid yang paling aku kagumi ialah Zuhaira, Nurafif, Masliza dan Sarifatul Atikah. Murid 5B yang lain pun jangan kecil hati pulak, kamu menyejukkan hati sebenarnya. Selepas sebulan aku meninggalkan sebab terlibat dengan Kursus Pembestarian Sekolah di IPTI, JB, aku lihat mereka semua ni macam tak belajar. Tetapi apabila keputusan aku peroleh, aku yakin mereka akan menggapai
kecemerlangan dan kelulusan yang memberangsakan.


Tidak aku lupakan untuk dipuji ialah murid-murid aku daripada 5 Cemerlang. Pada mulanya aku melihat mereka rasa dipinggirkan apabila aku gabungkan kelas mereka dengan 5B. tetapi fahamilah wahai member 5C, aku berbuat sedemikian kerana aku tidak tahan, 30 waktu seminggu. Jadi aku gabungkan untuk kurangkan masa mengajar aku seminggu. Aku perasan korang macam terpinggir, sebab itulah aku pisahkan semula dan ingin memberikan fokus 200% kepada korang semua. Dan aku rasa ia dah membuahkan hasil yang cukup lumayan. Korang semakin bersemangat dan belajar, dah banyak bertanya, dah pandai membezakan jawapan mana yang sesuai dengan tidak sesuai. Congrat beb! Syukri, Amir Hakim, Amer Hafiz, Norakmal (biasanya highest), Gaus (dulu suka mengaji dan berzanji, sekarang???), Ariffudin, Azwan (dulu agak nakal, sekarang dengan aku dah banyak berubah, tahniah bro), Fazireen dan yang last Iskandar. Iskandar, aku harapkan ko ada keinginan untuk berjaya…


Kalian semua (5B dan 5C) mem
buatkan semangat aku berputik semula. Haruman keinginan yang menjulang untuk memastikan korang semua berjaya semakin membuak. Longgokan semangat aku yang semakin pudar selama ini, semakin menguntum. Aku mampu tersenyum, kenapa. Kerana korang, korang yang MAMPU MEMBUKTIKAN BAHAWA MURID SERI PINANG YANG DILABEL HAMPEH, SEBENARNYA MAMPU MELONJAKKAN NAMA SERI PINANG DI MATA PIHAK YANG MEMPERLEKEH SELAMA INI.

Ingat, kejayaan bukan datang dengan mudah, tetapi ia sesungguhnya satu kepayahan untuk didaki. Jikalau korang dapat menyediakan peralatan yang mencukupi, korang akan berasa yakin untuk mendaki kepayahan tersebut, akhirnya korang akan yakin memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kalau sekarang korang rasa kurang cukup, ada masa lagi untuk korang menyediakannya. Ingat kejayaan itu amat manis untuk dikenang, tetapi kegagalan amat sukar untuk diceritakan kepada generasi akan datang. Harapan aku supaya, semua murid 5B, 9 orang daripada 5C, untuk subjek Tasawwur Islam, kamu semua mampu mencapai keputusan yang cemerlang.. amin…


No comments:

Post a Comment