Tuesday, November 10, 2009

IRINGAN DOA UNTUK KALIAN....

TASAWWUR ISLAM'S STUDENT SPM 2009 SMK SERI PINANG...


Kepada semua murid 5 Bestari dan 5 Cemerlang 2009, Kalau saya nak tulis semua nama, pengsan rasanya.
Saya ingin ucapkan tahniah kepada kamu semua. Mengapa? Ada beberapa sebab:

1. Anda merupakan murid yang majoriti menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. Walaupun lambat untuk mendapatkan momentum, tetapi ia berubah sekelip mata.
2. Kamu semua merupakan murid yang sporting. Walaupun di laser beberapa kali, tapi telinga kamu sudah bersedia untuk menerimanya. Tahniah geng..
3. Usaha kamu selama ini bersama-sama saya, seperti menggambarkan kamu semua akan menemui kejayaan yang gemilang juga bersama-sama saya.
4. Kamu merupakan murid yang agak sporting, ramah, mesra, baik, pantang dipuji dan kamu menghormati saya. Terima kasih semua..
5. Kamu adalah murid yang saya sayang tahun ini. Kalau kamu tak ada tahun depan, rasa sukar untuk menemui telatah kamu.. Ingatlah yang ini...
6. Kamu semua sudah menyedarkan saya bahawa... tahun ini saya yakin yang kamu semua akan memperoleh kejayaan 100%. Itulah yang saya rasakan. Kamulah yang mengembalikan keyakinan saya ini semula, di mana secara dasawarsa, ia semakin hilang dan menipis.

Saya yakin kamu akan berjaya. Ingatlah saya kalau kamu sudah berjaya kelak.... No telefon saya jangan dihilangkan, emel saya (zaliasma@gmail.com). Pastikan kamu sentiasa menjejakkan kaki ke jalan Allah, seandainya kelak, kamu semakin jauh dengan Illahi, maka carilah panduan bagi membetulkan perjalanan kamu, dan ingatlah saya juga boleh membantu kamu. Kenapa?? Sebab sayalah guru kamu dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment