Sunday, January 10, 2010

TASAWWUR ISLAM 2010

Assalamualaikum
Kepada semua murid saya yang akan mengambil subjek Tasawwur Islam tahun ini.

Khusus untuk murid 5 Cemerlang dan 5 Dedikasi 2010 SMK Sseri Pinang.

Kebiasaannya, ramai yang beranggapan subjek ini adalah subjek yang senang. ramai guru-guru yang tidak mengajar subjek ini, dan bukan opsyen Pendidikan Islam dengan beraninya menyatakan betapa mudahnya subjek ini. Oleh sebab itu, ada pada kalangan kita yang juga merasakan kesahihan tersebut.

Tetapi sedarlah semua, bahawa bukan mudah untuk saya nyatakan kebenaran situasi di atas. Selama hampir 8 tahun saya mengajar Tasawwur Islam, saya tidak pernah menyatakan bahawa, subjek Tasawwur Islam adalah subjek yang senang dan mudah. Saya juga tidak pernah menytakan bahawa ia adalah mata pelajaran yang susah. Habis tu macam mana? Senang bukan susah pun bukan? Apa kategorinya?

Begini murid-murid saya.
Tasawwur Islam akan menjadi subjek yang senang untuk anda lulus jika perkara ini anda lakukan:
1. Membaca nota-nota yang saya berikan.
2. Buat semua latihan yang saya berikan.

Saya berani jamin, seandainya ini anda lakukan paling lama 30 minit seminggu untuk membaca, dan siapkan semua latihan yang saya berikan, anda akan lulus. Ini jaminan saya.
Tetapi, sekiranya anda ingin melihat A+ pada slip keputusan anda bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kelak, ada sedikit penambahan yang perlu dilakukan iaitu:
1. Membaca nota-nota yang saya berikan.
2. Menghasilkan nota sendiri seperti, nota ringkas, peta minda.
3. Membuat dan menyiapkan semua latihan yang saya berikan.
4. Menggunakan kaedah menjawab soalan yang saya telah dedahkan kepada anda.
5. Berdoa selalu supaya Allah akan memberkati ilmu anda.
6. Bertanya saya jika tak faham-faham.

Jikalau, kesemua ini anda lakukan
DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN IKHLAS nescaya kamu akan melihat pada slip keputusan kamu A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam.

Kesimpulannya, semua murid saya kena menanam azam bahawa, kita berhak mendapat A+ sekiranya kita melakukan perkara yang saya nyatakan di atas, cuma kena yakin bahawa, segala ketetapan itu adalah hak Allah, sekiranya tidak mencapai apa yang kita sasarkan, jangan menyesal dan mengeluh, kerana takut kita melakukan salah satu perbuatan kufur hakikat iaitu menolak salah satu Rukun Iman (Beriman kepada Qadak dan Qadar).

Usaha+buat latihan+buat nota ringkas/peta minda+berdoa+bertanya = A+ (Insya-Allah)

No comments:

Post a Comment