Monday, August 24, 2009

PENINGKATAN TAHAP PENDIDIKAN

MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI 43 - Pasangan bahagia

Pada 16 Ogos 2009 (Ahad), kami berdua telah dianugerahkan Ijazah Sarjana oleh Pro Canselor UTM, iaitu Raja Tunku Zarith Sofiah. Al-hamdulillah sepanjang usaha kami selama ini akhirnya kami dapat juga menamatkan pengajian kami berdua dalam bidang Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) - Master of Education (Educational Technology).
Apa yang menarik ialah, kami juga adalah graduan UTM juga masa 1st degree. Kami memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).- Bachelor of Science with Education (Islamic Studies). Suami pada tahun 2002, manakala isteri pula pada tahun 2004. Ni kira kahwin senior junior la ni. Jadi kami ingin memantapkan lagi tahap pendidikan kami kepada tahap yang lebih baik.


Yang paling menarik ialah, ni la kali pertama kami menghadiri Majlis Konvokesyen dengan memakai topeng ni la ni. Apa lagi salah si babi kerana selsamanya mendatangkan global musibah. Jadi kami dipaksa untuk memakai face mask ni sebagai langkah keselamatan. Bagus juga, sebagai langkah keselamatan, bagi mengelakkan gejala terus berleluasa di negara kita.

Persoalan yang orang selalu tanya kami berdua, KENAPA MENYAMBUNG MASTER DALAM BIDANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN? KAN LARI JAUH TU?

Jawapan kami amat mudah. Kami masih lagi dalam bidang pendidikan, kerana kami memang minat dalam mendidik murid yang lemah yang memang dalam kelas belakang. Dengan teknik dan kaedah yang mudah dilaksanakan, bagi memastikan mereka lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, sama ada PMR atau SPM. Jadi, penerapan teknologi penting bagi menambah keberkesanan teknik pengajaran kami. Jadi dengan pengetahuan teknologi yang sedia ada, kami mengambil keputusan untuk mengambil jurusan Sarjana Teknologi Pendidikan. Pada masa yang sama juga, kami ingin membuktikan bahawa, guru agama tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan Teknologi dalam pendidikan.

Tahniah kepada kami, kerana dapat mengembangkan lagi pengetahuan kami dalam bidang perguruan, khususnya Instructional Design. Jadi kalau boleh kami ingin teruskan pengajian dalam PHD pula. Doakanlah kami ya...




Masa menunggu untuk masuk ke dalam Dewan Sultan Iskandar, UTM

1 comment: