Sunday, August 23, 2009

ANAK-ANAK TERSAYANG

TAHUN 2005
Kami telah dinikahkan dengan penuh tanda kesyukuran. Suami bertugas di SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara, manakala si isteri di SMK Kota Masai, Pasir Gudang. Bulan Januari 2006, mulai terasa terasing sekejap, kerana masing-masing duduk di lokasi bertugas. Sehingga bulan Meo 2009, isteri tersayang yang berulang alik setiap hujung minggu. Si suami rasa macam bersalah la pulak. Tapi apakandaya, itulah persetujuan yang telah dimeterai.



PRINCESS ASMA SOFIAH - ketika sambutan birthday ke 2


TAHUN 2006
Detik yang menyedihkan apabila isteri mengandung, tapi belum dapat kebenaran pindah mengikut suami. Walaupun si suami banyak kenalan di peringkat PPD dan JPN, tapi ia belum mampu mengubah keadaan, kerana ia adalah ketetapan takdir Allah SWT. Apabila kandungan masuk bulan ke enam, si suami pulak yang berulang alik ke Pasir Gudang. Sama ada tidur di Hotel Selesa, ataupun Rose Cottage, Budget Hotel ataupun bawa isteri pulang ke Bandar Tenggara. Dan kami bersyukur apabila bulan Julai 2006, si isteri dapat kebenaran pindah dari SMK Kota Masai, ke SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara -Satu sekolah la tu..
Masuk bulan Disember 2006, Maka lahirlah seorang penyejuk mata dan pengikat kasih sayang kami. Sape lagi ASMA SOFIAH BT MOHD ZAZALI (FIFI). Sebagai suami, bengang jugak bila nama ASMA kat depan tu, tapi bila difikirkan dan dibincangkan, nama si suami ada sahaja di belakang setiap anak. Ohh, pandai juga si isteri merasionalkan si suami yang merupakan pemimpin keluarga. Ni baru namanya Pakatan Rakyat.

TAHUN 2007

Kehidupan kami seperti biasa. Perjalanan ke Skudai tetap diteruskan untuk memastikan pengajian M Ed kami dapat diselesaikan. Pada tahun ini juga, isteri tersayang didapati positif pregnant anak kedua. terkejut beruk si suami. Takdir Allah, dengan penuh syukur dan reda diterima.

TAHUN 2008
Tahun ni kelahiran anak kami yang kedua. Sape namanya ek? Siapa lagi, ASMA SOFWAH BT MOHD ZAZALI. Panggilan manja dia WAWA. Lahir pada 9 Mei 2008, anak kedua ni lahir hanya di Kulai sahaja. Kakak dia sampai ke HSA lagi. Tengoklah muka anak kami si WAWA ni





Hai, sayalah WAWA. Amacam, comel tak. Like pa & ma, like daughter ma...










Kehadiran dua cahaya mata mungkin akan disusuli tidak lama lagi. Apa pun kami bersyukur kerana kami dapat anak perempuan yang comel dan tidak banyak karenah sangat. Al-hamdulillah...

No comments:

Post a Comment