Sunday, August 23, 2009

PERNIKAHAN YANG DINANTI





So, kami bernikah pada 18 November 2005. Jumaat petang dilaksanakan proses akad nikah. Hujan mengiringi majlis seperti menunjukkan bahawa rahmat Illahi di muka bumi ini tidak pernah lekang. Begitu juga pernikahan ini, kami harapkan dapatlah keredaan-Nya hingga ke Firdausi
Pernikahan yang berlangsung di Masjid Jami' Felda Bukit Batu memberikan seribu kenangan setiap kali melalui di hadapan rumah Allah itu.



ADALAH SATU IMPIAN bagi setiap pasangan untuk mengakhiri ikatan itu di atas pelamin angan mereka. Tetapi kami bukan sahaja ingin sampai ke destinasi tersebut, tetapi mengharapkan agar kami terus BAHAGIA, BERCINTA, SETIA, SALING BERTOLERANSI, DAN TERUS MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SWT setiap masa hingga ke Firdausi.



Saat penyempurnaan majlis akad nikah untuk proses ijab kabul pengantin.



Detik bahagia ini diteruskan dengan pertemuan yang membuktikan kasih suci yang telah dibina 4 tahun. Pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang perkenalan sebagai kawan, kemudian sahabat, kemudian kekasih, tunangan dan sampailah ke peringkat yang dinanti iaitu suami dan isteri.





Menandatangani perjanjian untuk istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami...












Harapan agar pernikahan ini abadi di Firdausi Illahi. Ayang, abang sayang sepenuh hati. Abang, ayang juga menyayangi sepenuh hati. Moga kita kelak bahagia dan dapat menempuhi lopak-lopak kehidupan.

No comments:

Post a Comment