Tuesday, March 9, 2010

PERISTIWA MINGGU 9 (1-5 MAC 2010)

Assalamualaikum

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa lagi setakat ini. Jadi sebagai bukti yang aku dah menjalankan tugas aku sebagai seorang pendidik (skemanya lah ni), aku paparkan apa yang aku dah buat minggu lepas. Minggu lepas telah dilaksanakan 4 aktiviti ini, jadi aku pun cuba huraikannyalah...


1. Ujian Kurikulum 1
Dijalankan pada hari Selasa (2 Mac 2010) dan Rabu (3 Mac 2010). Ia adalah salah satu daripada Actual Result 1 (AR1) istilahnya dalam headcount. Oleh yang demikian perlaksanaannya perlu bagi melihat pencapaian sebenar murid. Macam biasa, aku buat paper Tasawwur Islam form 5. Paper Tasawwur form 4, Ustaz Mohd Nor bin Tukiman yang buat. Pencapaiannya, nanti aku paparkan dalam blog, kalau tak sibuk.



2. Mesyuarat MTQSS Daerah Kulai
Mesyuarat yang dijalankan di Bilik Mesyuarat PPD Kulai pada jam 2.0
0 petang hingga 5.00 petang. Apa yang dibincangkan? Persediaan bagi menghadapi Aktiviti Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Daerah Kulai (MTQSS). Macam biasalah, SMK Seri Pinang diamanahkan sebagai JK Penerbitan dan Laporan. Aku rasa sejak 2006, aku dapat jawatan ni. Kenapa ia berkekalan? Ni la ceritanya.... Ahli mesyuarat pada 2006, sepakat ingin melihat dokumentasi sejurus habis program. Jadi mereka nak, sapa yang berkelayakan dan berkemahiran untuk melaksanakannya. Oleh itu, aku sahut cabaran untuk membuktikan Guru Pendidikan Islam juga mampu mengimplimentasikan ICT dalam pendidikan. Jadi tahun 2006, aku dapat laksanakan bersama-sama isteri tersayang. Jadi sejak itu, aku dapatlah amanah ni. Dan insya-Allah aku akan laksanakan dengan jayanya.


3. Latihan Nasyid - Jemputan dari PPD Kulai sempena Maulidur Rasul


Oleh kerana PPD Kulai melaksanakan Maulidur Rasul, jadi SMK Seri Pinang dijemput untuk membuat persembahan nasyid. Jadi, sapa nak latih, aku juga la yang latih. bagus sangat ke aku ni? Korang nilailah sendiri, aku berkecimpung dalam nasyid semenjak Tahun 1 di UTM, masa tu bersama-sama dengan Kelab Ukhwatul Muslimin. Kenapa, nak pastikan aku dapat duduk Kolej Tun Dr Ismail waktu tu.






Kamu tengoklah, Hassan tu macam tahu je nak masukkan rentak dalam lagu...










Jadi semenjak itu, aku bolehlah bermain percusson bersama-sama Zaid. Pertandingan inter-Kolej UTM di KTC UTM, dan kelab dapat nombor 2. Jadi semenjak itu, aku jadilah back up singer dan aku dapat ambil peranan suara bass.

Bersama kelab, aku rasa lebih 5 kali aku wakil UTM untuk pertandingan Inter-Universiti. Kalau inter-kolej, banyak kali juga lah, persembahan amal lagi termasuklah persembahan iringan dan persembahan bayaran. Oleh kerana aku ada kemahiran sedikit, jadi akulah latih nasyid semenjak di SMK Bandar Tenggara tahun 2003 dan di SMK Seri Pinang semenjak tahun 2004 hingga kini. Siapa nak ganti nanti? Pandai-pandailah budak nasyid mencari cikgunya nanti.


4. Persembahan Nasyid Sempena Maulidur Rasul PPD Kulai
Yang ni, kerja gila aku dah buat sekejap. Buat pada hari Sabtu 6 Mac 2010 di perkarangan PPD Kulai, budak-budak aku buat persembahan. Yang kelakarnya, dengan aku sekali join buat persembahan, dah lama tak main percussion, jadi lepas gian aku pun main sekali hari tu. Kelakar giler...



Korang tengoklah aku dok sibuk main percussion tu, Hassan yang main conga tu tak ingat-ingat ketuk conga kuat-kuat. Aliff pulak dok sibuk lap peluh tangan pada tamborin, takut meleleh peluh kat tangan dia tu. Memang lawak la geng....



Kenapa aku main? Tulah yang menjadi persoalan yang aku akan simpan, sampai ada dari kalangan kengkawan yang tanya atau murid-murid aku tanya. Tapi yang penting, untuk hilangkan rasa kecewa selama ni... Ni antara gambar-gambar lain yang aku ambil atas kerjasama dan bantuan member kamcing, Mohd Nor bin Tukiman

semua orang dok sibuk mengayat aweks tu.... Cuba tengok Hassan...


Masa ni Rahman tengah bercakap, teringat aku masa buat show dulu..


Cuba fikir, diorang tengok budak-budak ke aku....

No comments:

Post a Comment