Wednesday, March 10, 2010

HARI PENUH DENGAN DEBARAN

Assalamualaikum semua....

Hari ini Rabu (10/3/2010) merupakan hari penuh debaran kepada sesiapa yang bergelar seorang guru. Apa taknya, hari ni ada program Kunjung Bantu daripada barisan Pengetua sekolah terpilih daerah Kulai atau wakilnya datang ke sekolah untuk membantu melicinkan pengurusan sekolah.

Yang bestnya, mereka akan melihat sistem fail dan juga mencerap (tengok & nilai) pengajaran dan pembelajaran guru0guru terpilih di sekolah. Caranya, salah seorang daripada mereka akan masuk ke kelas guru yang terpilih semasa guru tersebut mengajar dan mencerap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas.

Pemilihan guru aku difahamkan telah dilakukan oleh pihak pentadbir semalam dan ada beberapa nama yang dicadangkan. Tapi nama aku tak termasuklah... Tetiba nak jadi cerita, salah seorang panel ni nak tengok dan nilai pengajaran dan pembelajaran yang akan aku laksanakan dalam kelas. Nah, terkejut jugak aku sedikit. tapi oleh kerana semangat dipantau oleh Jemaah Nazir bagi melengkapkan permohonan Guru Cemerlang Tasawwur Islam masih ada lagi, jadi momentum tu masih ada.

Langkahnya, aku selambakan diri, dan buat macam biasa. Jadi hari ini, aku adalah salah sorang yang dipilih untuk dicerap kaedah pengajaran yang dijalankan dalam kelas.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada En Khairuddin dari SMK Bandar Tenggara 2, kerana telah memberikan idea yang bernas dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Segala kekurangan yang ada, akan aku cuba perbaiki lagi bagi memastikan setiap murid dapat input daripada apa yang aku sampaikan.

OK lah, setakat itu dulu untuk hari ini.... Esok aku ada temuduga Tawaran Pemangkuan DG44 di IAB dekat Batu Pahat. Aku berharap, aku dapat menenangkan jiwa yang mula dah serabut dah ni...

Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dengan isteriku dalam melalui perjalanan temuduga esok.... amin....

No comments:

Post a Comment